Thursday, 9 July 2026

Suara alam

Saat itu aku penuh dengan cinta

kau bercerita tentang alam
tentang suaranya yang tenang
tentang bagaimana ia datang
bersama ilham.

Dan kau bawa pulang baunya
kau simpan menjadi nafasmu
kau jadikan ia kata-katamu

oh—dan ia menjadi ketenanganku.

Moga kau masih mendengar alam
masih mencari tenang dalam diam
masih menemukan ilham
leka dalam malam.

Tiada kata
tiada huruf yang terhidu,
tapi aku masih pakai bau

dari kemeja merahmu kau beri dulu.


T.




Bumi

Apa yang ada pada bumi?

Apa yang paling kau mahu?

Apa dalam tidurmu pun kau perlu?


Aku merasa tempat ini sesak berasak

Mengejar hawa yang berlari memenuh

Aku sempit dan ia sesak


Bumi ini luas dan penuh

Aku lihat ia kosong.


T.

Luka

Sepertinya

Manusia tidak pernah menghilangkan luka

Kau hadir ketika ku leka

Kau ada ketika ku menutup mata

Mana ada aku lupa

Cuma aku dan nafasku

Berpaksa melewati masa


T.

Thursday, 21 May 2026

Mungkin nanti






Jika kau ku temu lagi

Rasa itu aku mahu ulangi
sebelum kita tahu ia mampu mati
tidak aku rasa lagi.

Mari kita berkongsi bernyanyi
hilang kau aku tak mahu ingati
setiap kali lagu itu diulangi.

Mari kita berkasih dan berpatah hati
kali ini akan ku buang sangsi
kau buang ego dan pentingkan diri.

Kita berpura pura tuli
matikan bunyi
menyawakan mimpi.

Menulis bukan patah hati
bukan kasih mahu dipuji
bukan rindu mahu dikasihani.

kau tidak ku temu lagi
bahkan diriku sendiri.

Jika kau ku temu lagi.


T.